16 May 2010

BUAT GURU YANG KU SAYANG

SELAMAT HARI GURU




16 Mei 2010
Salam aLayk...Semoga pertemuan maya kita hari ini mendapat sulaman redha Allah..

Firstly, Happy Belated Day Untuk sahabat saya... Faiqah Basyirah Bt. Che Hamzah dan Zuaidah Bt Amir Hassan yang dah menjangkau usia 21 tahun..=)

Selamat Hari Guru Buat Guru yang pernah mendidik dan mengajar saya.
Khas untuk Guru saya di SMK AGAMA TUN SAID & Tidak dilupakan buat para pensyarah Di APIUM NILAM PURI.. Moga Redha Allah Bersama Kalian.


Kenangan Indah Bersama Para Pensyarah APIUM NILAM PURI

Semasa menjadi Ajk Seminar Pengurusan Masjid

"Hak seorang guru adalah lebih agung dari hak ibu bapa, Ibu bapa adalah penyebab kepada adanya kita dan kehidupan yang fana,sementara guru penyebab yang kekal.Kalaulah tiada guru, nescaya apa yang di hasilkan dan di arahkan oleh orang tua akan celaka selamanya."
-Imam Al-Ghazali-


Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat khususnya bagi individu yang mempunyai kaitan dengan dunia pendidikan.Profesion Perguruan di angkat martabatnya dengan di adakan sambutan Hari Guru.Profesion ini amatlah mulia dalam memartabatkan warga negara berilmu dan sahsiah tinggi.
Guru bertanggungjawab membentuk tamadun manusia melalui Sebaran ilmu. Jasa mereka amat besar, begitu juga pengaruh mereka mendidik serta membimbing pelajar mencapai kecemerlangan hidup. Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada guru. Mereka bukan saja berperanan memberi kesedaran kepada diri sendiri, juga kepada kumpulan di bawah bimbingan mereka termasuk dalam hal menjaga hubungan dengan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hambanya ialah ahli ilmu.” (Surah Faathir, ayat 28)

Khidmat guru jika dilakukan dengan ikhlas bukan saja dapat melahirkan generasi yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara, malah membuka peluang kepada guru meraih keberkatan serta redha Allah. Tugas guru adalah amanah yang datang dengan tanggungjawab serta beban berat kerana tidak dinafikan mendidik pelajar daripada usia lima tahun (prasekolah) bukan mudah serta memerlukan kesabaran tinggi. Harapan menggunung diletak pada bahu guru sering kali menimbulkan dilema kerana hakikat mendidik pelajar bukan hanya tanggungjawab guru, sebaliknya perlu mendapat sokongan ibu bapa yang menjadi guru di rumah.

Sesungguhnya, amanah menyampaikan ilmu adalah tanggungjawab yang dipersoalkan pada akhirat kelak. Rasulullah SAw bersabda yang bermaksud: “Setiap kamu ialah pemimpin dan setiap kamu juga bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Kedudukan profesion perguruan dalam agama cukup jelas. Segala ilmu disampaikan guru kepada pelajar akan dipertanggungjawabkan pada hari akhirat. Di sini peranan guru meningkatkan usaha serta kreativiti supaya proses pembelajaran dapat dilaksanakan secara berkesan. Justeru, pengorbanan dan kesungguhan guru menghadapi cabaran perlu dibalas dengan kejayaan pelajar menterjemahkan ilmu disampaikan dalam kehidupan mereka. Itulah hadiah paling berharga bagi guru.

Segala penat lelah terbalas apabila melihat pelajar yang dididik serta dibimbing penuh kasih sayang mencapai kejayaan dalam pelajaran seterusnya mencapai kecemerlangan. Justeru, guru perlu diberi penghormatan tinggi selari penghormatan diberikan Islam.

Bagi guru atau pendidik, mereka tidak pernah mengharapkan hadiah bertimbun setiap kali sambutan Hari Guru kerana harapan mereka biar anak didik menjadi insan berilmu dan berguna, seterusnya menyumbang khidmat bakti kepada negara. Guru mengerti usaha mendidik dan membangunkan insan bukan mudah. Meskipun begitu, semangat mereka tidak pernah luntur malah terus berusaha menyusun langkah meneruskan perjuangan demi memikul amanah Allah.

Tanggungjawab dan peranan guru tidak dapat dipertikaikan biarpun kadangkala mereka dipersalahkan apabila berlaku kes keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya. Guru mempunyai peranan dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Aspek pembinaan negara bangsa ini yang dijadikan tema sambutan hari guru pada tahun ini iaitu ‘Guru Pembina Negara Bangsa’. Tema ini bermatlamatkan memperkasakan peranan guru dalam mewujudkan pembangunan modal insan. Pemilihan tema ini sesuai dan tepat dengan peranan guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Daripada Abu Harun Al-Abdi radhiyallu anhu berkata: Kami sering datang menemui Abu Said Al-Khudri R.A., lalu beliau berkata: Selamat datang dengan wasiat/titipan Rasululullah S.A.W. bersabda kepada kami: Sesungguhnya ummat manusia akan datang menemui kamu dari seluruh penjuru dunia.Mereka datang untuk belajar ilmu agama daripada kamu.Oleh itu, apabila mereka datang maka wasiatku pada kamu hendaklah kamu melayani mereka dengan baik."

.::keterangan.::

para penuntut ilmu agama itu merupakan titipan atau amanah Rasulullah S.A.W. di sisi seorang guru. mereka itu datang dari pelusuk daerah untuk berserah diri di hadapan seorang guru.Mereka siap menerima apa yang akan di sampaikan oleh seorang guru. Mereka seakan0akan kertas yang putih dan bersedia menerima apa yang akan di tuliskan oleh seorang guru.


Maka tanggungjawab gurulah untuk mengisi dada mereka dengan ilmu yang benar, ilmu yang bermanfaat, ilmu-ilmu yang di warisi dari para ulama turun-temurun sampai kepada Rasulullah S.A.W. Maka jangan sampai seorang guru mengajarkan kepada mereka ilmu yang bertentangan dengan syariat islam, berlainan dari ilmu yang telah mereka warisi turun temurun dari para ulama sehingga sampai kepada Rasulullah S.A.W. Dan jangan sampai ulama itu membina anak muridnya untuk memenuhi keperluan peribadinya atau untuk tujuan-tujuan lain yang bukan menuntut keredhaan Allah Taala. Disinilah letaknya ujian seorang guru. Maka apabila ia sentiasa ingat bahawa muridnya itu amanah Rasulullah S.A.W. yang ada di sisinya maka ia mesti berhati-hati dalam membimbing mereka, supaya mereka benar-benar akan menjadi ulama pewaris nabi yang membimbing manusia ke jalan Allah dan mencapai keredhaan-Nya.


Puisi Buat Murabbi =)

Mengapalah hati ini, di manakah salahnya?
Aku ada guru, dia telah berjasa padaku
tetapi cintaku padanya tidakpun ada
Guruku tidak ada pun di hatiku, di manakah salahnya?
Sepatutnya guru patut dicintai dan diingati
Mereka ada jasa padaku, sepatutnya aku terhutang budi
Sepatutnya aku ingat selalu
Sepatutnya aku doakan mereka selalu
Agar Tuhan mencucuri rahmat dan
memberi keampunan kepada mereka
Sepatutnya setelah mereka kembali kepada Allah,
tanda kasih kepadanya aku sepatutnya menziarahi
keluarga mereka
Tetapi aku tidak pun mencari, aku tidak pun bertanya - tanya
di mana keluarganya?
Agar aku dapat berbuat baik kepada mereka
Sebagai membalas kebaikan dan mengenang jasa guruku
yang telah memberi aku ilmu
Sepatutnya hubungan rahim dengan guru tidak boleh diputuskan
Penghubungnya keluarga mereka, itulah penghubung dengan guru
yang sudah tidak ada di dunia
Begitulah ajaran Tuhanku
Tetapi aku tidak pun melakukannya
Ingatanku kepada guru lebih-lebih lagilah terus kulupakan
Aku sedih sebenarnya mengapa terjadi begini?
Di manakah salah silapnya?
Silap akukah atau silap guru?
Apakah berlaku kesilapan kedua-duanya?
Aku baik sangkalah dengan guru, yang silap aku sebenarnya
Maafkan aku wahai guru-guruku
Aku selama ini telah melupakanmu
Jasamu sungguh banyak kepadaku
Tidak sepatutnyalah aku melupakanmu
Ampunkanlah aku wahai Tuhanku karena kesilapanku ini
Ampunlah dosa-dosa guruku dan cucurilah rahmat ke atasnya
karena jasa mereka kepadaku
Di waktu aku menulis ini aku menangis wahai Tuhanku
Kalau aku tidak memberitahu pun Engkau memang tahu
Aku menangis karena sedih,
tidak sepatutnya aku melupakan guruku yang telah berjasa padaku
Tidak ada jalan lain untuk menebus kesilapanku ini
Melainkan aku doakan mereka
Allahummaghfirlahum warhamhum wa’afihim wa’fu’anhum
Amin

( Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi )


Sumber: Google n buku kelebihan ilmu dan ulama..

2 comments:

Anonymous said...

slmt hri guru untukmu jg ziela...:)

ẕḯℯłα said...

ya..slmt ar guru jg ngan ko ar,, hehe
cikgu ayin...