19 May 2010

MENAWAN PUNCAK NASUHA

sesal itu adalah pintu permulaan taubat

Mengemis kasih





Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Salam Alayk,
Ntah, Tiba-tiba aku rasa sayu dengar lagu ini. Betapa hati ini gelap untuk menentukan jalan tanpa suluhan lentera cahayaNya.

Kerana Hati Itu Gelap,
Maka Tuhan tidak kelihatan
topeng-topeng pun tercipta
menyamar sebagai Tuhan

Kerana hati itu gelap
maka Tuhan di tinggalkan jauh
dengan dendam berbatu-batu.



Ya!... kerana hati itu gelap, tidak punya cahaya yang dapat menembusi nya tanpa kilatan taubat.Ya Rabbi aku merintih padaMu. Aku bukan lah di kalangan yang terbaik dari segenap hambaMU. Malah aku juga manusia yang sentiasa lupa akan nikmatMU.Sayu hatiku,tatkala aku sedang melakukan maksiat,tak pernah kau alihkan setiap denyut nadi dan hela nafas dari roh ku. Tatkala aku jauh melupakan Mu, tak pernah langsung kau melupakan aku untuk memberi rezeki dan kesihatan padaku, tatkala aku mencari kasih lain selain kasihMU, Kau masih menunggu aku dan tidak pernah curang terhadap janjiMU. walaupun aku berkali-kali berbuat kemungkaran, namun rahmatMu tidak putus-putus KAU hulur pada tangan yang berdosa Ini.

Ya Allah, kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau berikan kepadaku, lalu aku salah gunakan, durhaka kepadaMu sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.


Ya Allah, kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau kuasakan kepadaku, lalu aku tidak bersyukur kepada Engkau sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.


Ya Allah, kebaikan-kebaikan yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan aku tidak memujiMu, sedang aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Qaadial hajat, aku takut aku tidak punya masa untuk bertaubat padaMu, andai tidak ku curi peluang hari ini, kerana aku tidak pasti apa nasib ku esok hari, Ya Rabbi, aku mohon...aku mohon... Kau lah tempat ku bergantung.. Tiada pergantungan sehebat tali kuasaMu.

Ya Ghaffar, Ya Qahhar...
Tika Kau bukakan pintu itu,
tajjalikan sinar
hijau kasih perkebunanMu
berikan aku buah
dari pohon malaikat


Ya Allah yang mengetahui segala yang nampak dan segala yang rahsia, yang mengetahui segala apa yang sudah terjadi.Ya Allah yang menggenggam setiap urusan dan menentukan setiap kehendak. HambaMU ini datang kepadaMu ya Allah. Datang dengan seribu penyesalan yang hampir saja tidak berguna. Datang dengan tompokan dosa dan kemaksiatan. Datang dengan memohon perlindungan dari akibat buruk perbuatan yang buruk. Dan datang dengan mengetahui dan meyakini bahawa ampunan Mu lebih besar dari amarahMu dan lebih besar dari kesalahan dan keburukan ku.

Arghhh!! Tidak ada kesusahan kecuali aku sendiri yang mengundang kesusahan itu datang. Kerana segala kesusahan yang timbul aku akui sebab kelakuan aku sendiri. Tapi Engkaulah Allah, yang sanggup mengubah segala yang buruk menjadi baik. Ubahlah Ya Allah.. aku mohon Ya Rabbi.. Ubahlah diri ini menjadi sebahagian orang-orang yang soleh, dan ubahlah segalanya menjadi baik. Sungguh Engkau Maha kuasa tiap-tiap sesuatu. Dan airmataku terus menitis, membasahi sejadah berbaldu merah, Esak tangis semakin kuat tenggelam dalam kepekatan sepertiga malam.

Moga Dia memberi peluang kepada ku, Ameen Ya Allah. Perkenankan lah.


Ku titipkan semoga sahabatku Abdul Aziz Abdul Wahab cepat beroleh kesembuhan. Dia Sahabat ku Dunia dan Akhirat. Ameen.

No comments: