15 May 2010

Terapi Mental Aktivis Da'wah

saLam aLayk...
Okay...entry sebelum ni aku dah cerita sebab-sebab futur kan... so, seperti yang aku janji kan.. hari nie jom sama2 mendidik diri kita untuk mengubati penyakit futur..

Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan buku Afat `Ala Tariq oleh Dr. Sayyid Muhammad Nuh dan terjemahannya bertajuk Terapi Mental Aktivis Harakah, terbitan Pustaka Mantiq, Indonesia, 1995.


::. Teruslah Melangkah hingga ke destinasi perjuangan .::



PENAWAR FUTUR BAGI AKTIVIS DA'WAH


1. Jauhi maksiat yang kecil, apatah lagi yang besar.

2. Mewujudkan rutin amalan dan ibadah, waktu siang dan malam.

3. Jauhilah segala sikap berlebihan, samada dalam menikmati yang mubah atau dalam beribadah.

4. Membina kemesraan dengan tanzim dan rakan-rakan aktivis.

5. Mendidik aktivis untuk memahami aturan alam dan meraikannya dalam amal dakwah.

6. Menyemai budaya hidup yang teratur, sistematik dan terancang.

7. Berikan tempoh rehat (break) bagai para aktivis, sebelum timbul rasa lemah.

8. Benarkan sedikit perkara mubah bagi aktivis seperti bergurau, berehat, beriadah dll.

10. Memberi peingatan yang menimbulkan ingatan terhadap mati dan akhirat.

11. Menggalakkan aktivis untuk melazimi majlis ilmu di luar program tarbiyah yang biasa kerana ia akan membantu proses pembinaan kefahaman yang betul dan menambah keberkatan.

12. solat berjemaah.

13.Membaca sirah nabi dan pejuang-pejuang gerakan Islam.

14. Meninggalkan amalan makruh

15.Tingkatkan amalan sunat dan hidupkan sunnah Rasulullah

16.Amalkan pengurusan diri dan berdisiplin.

17. Kreatif mempelbagaikan aktiviti jamaah.

18) Mengamalkan kesatuan fikrah dan kesatuan amal.

19) Libatkan semua peringkat ahli jamaah Islam dengan tarbiah.

20) Ukhuwwah di peringkat Qiadah dan ahli gerakan Islam haruslah kuat dan tidak membeza-bezakan antara ahli.

::. KONKLUSI .::

Para Qiadah dan Jundi dalam jamaah Islam seharusnya peka terhadap perkembangan dalam kalangan ahli-ahli gerakan Islam yang mempunyai sifat dan kecenderungan yang pelbagai. Setiap individu mempunyai softskill yang berbeza..ada yang suka berpidato, menulis, sukan, hiburan.. dan mcm2 lagi.

Kebijaksanaan qiadah amat perlu bagi memastikan faktor-faktor yang membawa kepada futur dalam dakwah dapat ditangani dengan berkesan agar intima di dalam jamaah bukan sahaja kerana kebenaran yang dibawa tetapi kerana keseronokan bersama-sama memperjuangkan Islam. Qiadah yang tidak peka terhadap perkara-perkara seumpama ini akan membawa kepada kecenderungan ahli jamaah meninggalkan perjuangan Islam.

Jom Sama-sama tadabbur ayat ini..Surah An-Nasyrah Ayat 5-6

5. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.


Kita berurusniaga dengan Allah..dan Ganjaran pasti Lumayan sekiranya kita yakin dengan janji-NYA..!!

"Usah bicara tentang perjuangan, kerana perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata!"

No comments: