14 May 2010

FUTUR? Jangan ea...JOM ISTIQAMAH


Salam Alayk!... Update...update....update.... tetiba aQ teringt kata2 Saudara Hilal Asyraf "ada org tu, dia ada blog.. tapi setahun sekali update" hampir tergelak aQ terdengar... mcm terkena plak kata2 dia kat aQ..Terasa seh...

Sebelum tu, Hepi Birthday Untuk sahabat ku..Nurshaillah Rizzana Amarisner..=)

Ok, Tengok Tajuk di atas.... ceh, bla update blog tiba-tiba post title yg serius n sensitif..
So, Hope Enjoy! n dapat koreksi diri kita masing2..InsyaAllah..

Firstly, segala apa yang aQ tuliskan nie, aQ doakan juga aQ turut terkesan dengan penulisan ku..






FUTUR



aQ pernah terdengar keluh-kesah seperti ini...


"kebelakangan ni, aQ makin down lah untuk teruskan da'wah ini..Tiada kemanisan lgsg, ukhuwah semakin jauh, hambar, tnya kabar pun susah..bila ada prgrm je baru nak mesej..aQ tertekan la dgn semua nie.. Pointer down, duit habis,study pun entah ke mana..tengah2 study, mesej plak panggil meeting..usrah la....[dan macam2 lagi keluhan yg pernah aku dengar]
walaupun telah terang dan nyata jawapannya.. study bukan no. 1. tapi da'wah bukan no. 2 (maksudnya di sini, mesti balance la...)

Futur di jalan da'wah? memang kalimat ini yang selalu aku dengar di kalangan muharrik( individu yg bergerak)dan aku juga pernah merasainya... bukan sehari, malah lebih dari sebulan aku merasa futur.. sehingga rasa ingin mafarraqah dan bergerak secara fardiyyah..

Tetapi bila teringat kisah perjalanan da'wah Nabi Nuh A.S aku jadi malu. walaupun telah berda'wah selama 950 tahun dan hanya mempunyai 80 orang sahaja yang beriman,baginda tanpa rasa jemu dan putus asa terus meneruskan perjuangan da'wah walaupun kuantiti yang menerima da'wahnya hnya sedikit berbanding usia yang telah di infak kannya untuk da'wah semata-mata mencari redha Allah. Kita lihatlah cara baginda berda'wah dengan 8 kaedah iaitu secara Targhib, Tarhib, Burhan, Tahbib, Sembunyi, Terang, Siang dan Malam. 24 jam. Dialah full-timer dakwah.

Apa sebenarnya futur ini?

Futur ialah terputus atau terhenti sesudah berjalan.Malas, suka bersikap menangguh-nangguh sesudah bergiat aktif.

Dan yg lebih tepat lagi, Futur merupakan penyakit yang kian menular dalam kalangan petugas-petugas Gerakan Islam iaitu aktivis-aktivis yang bergiat aktif dalam da'wah.Tahap paling rendah ialah malas dan suka bersikap melengah-lengahkan sesuatu kerja.


persoalannya... apa sebab nya kita sebagai petugas gerakan islam ini terkena penyakit futur nie?

1. Tidak ada keikhlasan dalam berjuang.yakni mencampuradukkan dengan kepentingan dunia cthnya: ingin mendapat sanjungan dan pujian semata-mata suka lantaran nama di sebut-sebut tetapi apabila nama kita tidak di sebut kita merasa kecewa lalu meninggalkan medan ini.
2. Membazir dan melampau-lampau dlm sesuatu perkara
(cth: makan terlalu banyak menyebabkan kita malas untuk melakukan ibadat)

3. Memilih untuk beruzlah(berseorangan) dan ingin meninggalkan jamaah.

4. Kurang mengingat mati dan hari akhirat.

5. Pengabaian dan cuai dalam ibadat.

6. Kurang menjaga ibadat2 sunat(cth: solat tahajjud, zikir dan puasa )

7. Mendampingi individu yang tidak berjiwa besar.

8. Terlibat dalam perbuatan maksiat dan dosa kecil serta memandangnya sebagai perkara remeh sahaja.

9. Sambil lewa dalam melakukan tugas samada dalam pengurusan individu atau tugas di dalam jamaah

10. Merasakan tugasnya sebagai ahli biasa tidak mampu memberikan apa2 kesan pada da'wah dan jamaah berbanding ahli yang memegang amanah yang lebih besar.

11. Tidak bersedia dalam menghadapi tribulasi dalam perjuangan.

12. Mentaliti senget dengan merasakan bahawa matlamat kita berda'wah hnya untuk mengumpulkan mad'u(orang yang di da'wah) bukan untuk menyampaikan kebenaran dan melarang serta menegur mad'u dari melakukan kemungkaran.

13. Merasa hebat dan memandang rendah pada ahli di bawah lalu memilih untuk berda'wah secara fardiyyah.
14. Masalah hati

Futur dalam Tanzim?

Memang tidak di nafikan masalah ini selalu berlaku dalam sesuatu organisasi da'wah.
Individu tersebut boleh mengatakan bahawa mereka sibuk dengan pelajaran, assignment dan lain2 urusan lain.. memang betul, kita masing2 punya tanggungjawab, tanggungjawab sebagai mahasiswa, golongan yang bekerjaya, dan mungkin sebagai ketua keluarga..Namun harus di ingat ikhwan dan akhawat, kita juga punya tanggungjawab sebagai hamba, sebagai khalifah.

Firman Allah dalam surah Al-Faathir ayat 39,

39. Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi. Barangsiapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka.


110. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.


Nah,telah jelas itu la sebenarnya tanggungjawab kita.. Kita katakan kita harus kurangkan masa da'wah kerana study.. tapi yg aQ heran..ada pula masa untuk hang out dgn kawan2, yahoo massenger, SMS, dan ber'facebook'...lalu mengorbankan da'wah?? Bukan kah benda2 ini yang patut kita kurang kan??memang x di nafikan facebook kini mendapat tempat di kalangan kita..
Alhamdulillah jika facebook di gunakan sebagai medium menyeru ummat.

Tiada alasan untuk kita tinggalkan da'wah nie.aQ dapat melihat seseorang itu mampu meraih master dan PHD meskipun dia seorang aktivis da'wah.hebat bukan..? orang akan lebih respek bila seseorang itu berjaya bukan sahaja dalam akademik nya malah berjaya menyeru ummat ke jalan yang di redhai-Nya.. Tidakkah kita terasa ingin mengecapi kejayaan seperti itu? tidak rugi sebenarnya....

Harus di koreksi kembali. Futur kita akan memberi kesan kepada sahabat seperjuangan.
Futur kita menggoncang tanzim da'wah. banyak kerja yang terpaksa di tangguh dan di rencana semula kerana kefuturan kita. lantaran itu semakin tergendala dan lambat pula agenda yang ingin kita sampaikan pada ummat..

Islam tidak perlukan kita.. kita yang perlukan Islam..Jika kita tidak ingin meneruskan kerja yang mulia ini, pasti Allah akan menggantikan kita dengan kaum yang lain. Mahukah tempat kita di ganti...? hehe... tentula tidak kan... aQ pun mcm tu gak... so, sama2 la kita tetapkan langkah kita di jalan ini.. kita dah separuh jalan.. takkan kita x nak sampai ke destinasi.??
pesan abg aQ, wlupun rasa sibuk dan tension, jgn jauhkan diri dari jamaah.. cari sahabat2 jamaah untuk kuatkan hati kita.. untuk hidupkan jiwa yang kian kemarau dari siraman tarbiyah ini..InsyaAllah... aQ harap aQ nie bukan setakat cakap jew tapi aQ buat juga.... Ameen..

Okay, nak tahu bagaimana nak ubati penyakit futur nie? entry seterusnya aQ akan kongsikan..
Jom Berubah! BERUBAH UNTUK MERUBAH!

Kerana Cinta Aku Bicara;
ZieLa_IsLaM

No comments: