19 May 2010

MENAWAN PUNCAK NASUHA

sesal itu adalah pintu permulaan taubat

Mengemis kasih


video




Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Salam Alayk,
Ntah, Tiba-tiba aku rasa sayu dengar lagu ini. Betapa hati ini gelap untuk menentukan jalan tanpa suluhan lentera cahayaNya.

Kerana Hati Itu Gelap,
Maka Tuhan tidak kelihatan
topeng-topeng pun tercipta
menyamar sebagai Tuhan

Kerana hati itu gelap
maka Tuhan di tinggalkan jauh
dengan dendam berbatu-batu.



Ya!... kerana hati itu gelap, tidak punya cahaya yang dapat menembusi nya tanpa kilatan taubat.Ya Rabbi aku merintih padaMu. Aku bukan lah di kalangan yang terbaik dari segenap hambaMU. Malah aku juga manusia yang sentiasa lupa akan nikmatMU.Sayu hatiku,tatkala aku sedang melakukan maksiat,tak pernah kau alihkan setiap denyut nadi dan hela nafas dari roh ku. Tatkala aku jauh melupakan Mu, tak pernah langsung kau melupakan aku untuk memberi rezeki dan kesihatan padaku, tatkala aku mencari kasih lain selain kasihMU, Kau masih menunggu aku dan tidak pernah curang terhadap janjiMU. walaupun aku berkali-kali berbuat kemungkaran, namun rahmatMu tidak putus-putus KAU hulur pada tangan yang berdosa Ini.

Ya Allah, kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau berikan kepadaku, lalu aku salah gunakan, durhaka kepadaMu sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.


Ya Allah, kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau kuasakan kepadaku, lalu aku tidak bersyukur kepada Engkau sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.


Ya Allah, kebaikan-kebaikan yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan aku tidak memujiMu, sedang aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Qaadial hajat, aku takut aku tidak punya masa untuk bertaubat padaMu, andai tidak ku curi peluang hari ini, kerana aku tidak pasti apa nasib ku esok hari, Ya Rabbi, aku mohon...aku mohon... Kau lah tempat ku bergantung.. Tiada pergantungan sehebat tali kuasaMu.

Ya Ghaffar, Ya Qahhar...
Tika Kau bukakan pintu itu,
tajjalikan sinar
hijau kasih perkebunanMu
berikan aku buah
dari pohon malaikat


Ya Allah yang mengetahui segala yang nampak dan segala yang rahsia, yang mengetahui segala apa yang sudah terjadi.Ya Allah yang menggenggam setiap urusan dan menentukan setiap kehendak. HambaMU ini datang kepadaMu ya Allah. Datang dengan seribu penyesalan yang hampir saja tidak berguna. Datang dengan tompokan dosa dan kemaksiatan. Datang dengan memohon perlindungan dari akibat buruk perbuatan yang buruk. Dan datang dengan mengetahui dan meyakini bahawa ampunan Mu lebih besar dari amarahMu dan lebih besar dari kesalahan dan keburukan ku.

Arghhh!! Tidak ada kesusahan kecuali aku sendiri yang mengundang kesusahan itu datang. Kerana segala kesusahan yang timbul aku akui sebab kelakuan aku sendiri. Tapi Engkaulah Allah, yang sanggup mengubah segala yang buruk menjadi baik. Ubahlah Ya Allah.. aku mohon Ya Rabbi.. Ubahlah diri ini menjadi sebahagian orang-orang yang soleh, dan ubahlah segalanya menjadi baik. Sungguh Engkau Maha kuasa tiap-tiap sesuatu. Dan airmataku terus menitis, membasahi sejadah berbaldu merah, Esak tangis semakin kuat tenggelam dalam kepekatan sepertiga malam.

Moga Dia memberi peluang kepada ku, Ameen Ya Allah. Perkenankan lah.


Ku titipkan semoga sahabatku Abdul Aziz Abdul Wahab cepat beroleh kesembuhan. Dia Sahabat ku Dunia dan Akhirat. Ameen.

16 May 2010

BUAT GURU YANG KU SAYANG

SELAMAT HARI GURU




16 Mei 2010
Salam aLayk...Semoga pertemuan maya kita hari ini mendapat sulaman redha Allah..

Firstly, Happy Belated Day Untuk sahabat saya... Faiqah Basyirah Bt. Che Hamzah dan Zuaidah Bt Amir Hassan yang dah menjangkau usia 21 tahun..=)

Selamat Hari Guru Buat Guru yang pernah mendidik dan mengajar saya.
Khas untuk Guru saya di SMK AGAMA TUN SAID & Tidak dilupakan buat para pensyarah Di APIUM NILAM PURI.. Moga Redha Allah Bersama Kalian.


Kenangan Indah Bersama Para Pensyarah APIUM NILAM PURI

Semasa menjadi Ajk Seminar Pengurusan Masjid

"Hak seorang guru adalah lebih agung dari hak ibu bapa, Ibu bapa adalah penyebab kepada adanya kita dan kehidupan yang fana,sementara guru penyebab yang kekal.Kalaulah tiada guru, nescaya apa yang di hasilkan dan di arahkan oleh orang tua akan celaka selamanya."
-Imam Al-Ghazali-


Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat khususnya bagi individu yang mempunyai kaitan dengan dunia pendidikan.Profesion Perguruan di angkat martabatnya dengan di adakan sambutan Hari Guru.Profesion ini amatlah mulia dalam memartabatkan warga negara berilmu dan sahsiah tinggi.
Guru bertanggungjawab membentuk tamadun manusia melalui Sebaran ilmu. Jasa mereka amat besar, begitu juga pengaruh mereka mendidik serta membimbing pelajar mencapai kecemerlangan hidup. Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada guru. Mereka bukan saja berperanan memberi kesedaran kepada diri sendiri, juga kepada kumpulan di bawah bimbingan mereka termasuk dalam hal menjaga hubungan dengan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hambanya ialah ahli ilmu.” (Surah Faathir, ayat 28)

Khidmat guru jika dilakukan dengan ikhlas bukan saja dapat melahirkan generasi yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara, malah membuka peluang kepada guru meraih keberkatan serta redha Allah. Tugas guru adalah amanah yang datang dengan tanggungjawab serta beban berat kerana tidak dinafikan mendidik pelajar daripada usia lima tahun (prasekolah) bukan mudah serta memerlukan kesabaran tinggi. Harapan menggunung diletak pada bahu guru sering kali menimbulkan dilema kerana hakikat mendidik pelajar bukan hanya tanggungjawab guru, sebaliknya perlu mendapat sokongan ibu bapa yang menjadi guru di rumah.

Sesungguhnya, amanah menyampaikan ilmu adalah tanggungjawab yang dipersoalkan pada akhirat kelak. Rasulullah SAw bersabda yang bermaksud: “Setiap kamu ialah pemimpin dan setiap kamu juga bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Kedudukan profesion perguruan dalam agama cukup jelas. Segala ilmu disampaikan guru kepada pelajar akan dipertanggungjawabkan pada hari akhirat. Di sini peranan guru meningkatkan usaha serta kreativiti supaya proses pembelajaran dapat dilaksanakan secara berkesan. Justeru, pengorbanan dan kesungguhan guru menghadapi cabaran perlu dibalas dengan kejayaan pelajar menterjemahkan ilmu disampaikan dalam kehidupan mereka. Itulah hadiah paling berharga bagi guru.

Segala penat lelah terbalas apabila melihat pelajar yang dididik serta dibimbing penuh kasih sayang mencapai kejayaan dalam pelajaran seterusnya mencapai kecemerlangan. Justeru, guru perlu diberi penghormatan tinggi selari penghormatan diberikan Islam.

Bagi guru atau pendidik, mereka tidak pernah mengharapkan hadiah bertimbun setiap kali sambutan Hari Guru kerana harapan mereka biar anak didik menjadi insan berilmu dan berguna, seterusnya menyumbang khidmat bakti kepada negara. Guru mengerti usaha mendidik dan membangunkan insan bukan mudah. Meskipun begitu, semangat mereka tidak pernah luntur malah terus berusaha menyusun langkah meneruskan perjuangan demi memikul amanah Allah.

Tanggungjawab dan peranan guru tidak dapat dipertikaikan biarpun kadangkala mereka dipersalahkan apabila berlaku kes keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya. Guru mempunyai peranan dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Aspek pembinaan negara bangsa ini yang dijadikan tema sambutan hari guru pada tahun ini iaitu ‘Guru Pembina Negara Bangsa’. Tema ini bermatlamatkan memperkasakan peranan guru dalam mewujudkan pembangunan modal insan. Pemilihan tema ini sesuai dan tepat dengan peranan guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Daripada Abu Harun Al-Abdi radhiyallu anhu berkata: Kami sering datang menemui Abu Said Al-Khudri R.A., lalu beliau berkata: Selamat datang dengan wasiat/titipan Rasululullah S.A.W. bersabda kepada kami: Sesungguhnya ummat manusia akan datang menemui kamu dari seluruh penjuru dunia.Mereka datang untuk belajar ilmu agama daripada kamu.Oleh itu, apabila mereka datang maka wasiatku pada kamu hendaklah kamu melayani mereka dengan baik."

.::keterangan.::

para penuntut ilmu agama itu merupakan titipan atau amanah Rasulullah S.A.W. di sisi seorang guru. mereka itu datang dari pelusuk daerah untuk berserah diri di hadapan seorang guru.Mereka siap menerima apa yang akan di sampaikan oleh seorang guru. Mereka seakan0akan kertas yang putih dan bersedia menerima apa yang akan di tuliskan oleh seorang guru.


Maka tanggungjawab gurulah untuk mengisi dada mereka dengan ilmu yang benar, ilmu yang bermanfaat, ilmu-ilmu yang di warisi dari para ulama turun-temurun sampai kepada Rasulullah S.A.W. Maka jangan sampai seorang guru mengajarkan kepada mereka ilmu yang bertentangan dengan syariat islam, berlainan dari ilmu yang telah mereka warisi turun temurun dari para ulama sehingga sampai kepada Rasulullah S.A.W. Dan jangan sampai ulama itu membina anak muridnya untuk memenuhi keperluan peribadinya atau untuk tujuan-tujuan lain yang bukan menuntut keredhaan Allah Taala. Disinilah letaknya ujian seorang guru. Maka apabila ia sentiasa ingat bahawa muridnya itu amanah Rasulullah S.A.W. yang ada di sisinya maka ia mesti berhati-hati dalam membimbing mereka, supaya mereka benar-benar akan menjadi ulama pewaris nabi yang membimbing manusia ke jalan Allah dan mencapai keredhaan-Nya.


Puisi Buat Murabbi =)

Mengapalah hati ini, di manakah salahnya?
Aku ada guru, dia telah berjasa padaku
tetapi cintaku padanya tidakpun ada
Guruku tidak ada pun di hatiku, di manakah salahnya?
Sepatutnya guru patut dicintai dan diingati
Mereka ada jasa padaku, sepatutnya aku terhutang budi
Sepatutnya aku ingat selalu
Sepatutnya aku doakan mereka selalu
Agar Tuhan mencucuri rahmat dan
memberi keampunan kepada mereka
Sepatutnya setelah mereka kembali kepada Allah,
tanda kasih kepadanya aku sepatutnya menziarahi
keluarga mereka
Tetapi aku tidak pun mencari, aku tidak pun bertanya - tanya
di mana keluarganya?
Agar aku dapat berbuat baik kepada mereka
Sebagai membalas kebaikan dan mengenang jasa guruku
yang telah memberi aku ilmu
Sepatutnya hubungan rahim dengan guru tidak boleh diputuskan
Penghubungnya keluarga mereka, itulah penghubung dengan guru
yang sudah tidak ada di dunia
Begitulah ajaran Tuhanku
Tetapi aku tidak pun melakukannya
Ingatanku kepada guru lebih-lebih lagilah terus kulupakan
Aku sedih sebenarnya mengapa terjadi begini?
Di manakah salah silapnya?
Silap akukah atau silap guru?
Apakah berlaku kesilapan kedua-duanya?
Aku baik sangkalah dengan guru, yang silap aku sebenarnya
Maafkan aku wahai guru-guruku
Aku selama ini telah melupakanmu
Jasamu sungguh banyak kepadaku
Tidak sepatutnyalah aku melupakanmu
Ampunkanlah aku wahai Tuhanku karena kesilapanku ini
Ampunlah dosa-dosa guruku dan cucurilah rahmat ke atasnya
karena jasa mereka kepadaku
Di waktu aku menulis ini aku menangis wahai Tuhanku
Kalau aku tidak memberitahu pun Engkau memang tahu
Aku menangis karena sedih,
tidak sepatutnya aku melupakan guruku yang telah berjasa padaku
Tidak ada jalan lain untuk menebus kesilapanku ini
Melainkan aku doakan mereka
Allahummaghfirlahum warhamhum wa’afihim wa’fu’anhum
Amin

( Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi )


Sumber: Google n buku kelebihan ilmu dan ulama..

15 May 2010

Terapi Mental Aktivis Da'wah

saLam aLayk...
Okay...entry sebelum ni aku dah cerita sebab-sebab futur kan... so, seperti yang aku janji kan.. hari nie jom sama2 mendidik diri kita untuk mengubati penyakit futur..

Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan buku Afat `Ala Tariq oleh Dr. Sayyid Muhammad Nuh dan terjemahannya bertajuk Terapi Mental Aktivis Harakah, terbitan Pustaka Mantiq, Indonesia, 1995.


::. Teruslah Melangkah hingga ke destinasi perjuangan .::



PENAWAR FUTUR BAGI AKTIVIS DA'WAH


1. Jauhi maksiat yang kecil, apatah lagi yang besar.

2. Mewujudkan rutin amalan dan ibadah, waktu siang dan malam.

3. Jauhilah segala sikap berlebihan, samada dalam menikmati yang mubah atau dalam beribadah.

4. Membina kemesraan dengan tanzim dan rakan-rakan aktivis.

5. Mendidik aktivis untuk memahami aturan alam dan meraikannya dalam amal dakwah.

6. Menyemai budaya hidup yang teratur, sistematik dan terancang.

7. Berikan tempoh rehat (break) bagai para aktivis, sebelum timbul rasa lemah.

8. Benarkan sedikit perkara mubah bagi aktivis seperti bergurau, berehat, beriadah dll.

10. Memberi peingatan yang menimbulkan ingatan terhadap mati dan akhirat.

11. Menggalakkan aktivis untuk melazimi majlis ilmu di luar program tarbiyah yang biasa kerana ia akan membantu proses pembinaan kefahaman yang betul dan menambah keberkatan.

12. solat berjemaah.

13.Membaca sirah nabi dan pejuang-pejuang gerakan Islam.

14. Meninggalkan amalan makruh

15.Tingkatkan amalan sunat dan hidupkan sunnah Rasulullah

16.Amalkan pengurusan diri dan berdisiplin.

17. Kreatif mempelbagaikan aktiviti jamaah.

18) Mengamalkan kesatuan fikrah dan kesatuan amal.

19) Libatkan semua peringkat ahli jamaah Islam dengan tarbiah.

20) Ukhuwwah di peringkat Qiadah dan ahli gerakan Islam haruslah kuat dan tidak membeza-bezakan antara ahli.

::. KONKLUSI .::

Para Qiadah dan Jundi dalam jamaah Islam seharusnya peka terhadap perkembangan dalam kalangan ahli-ahli gerakan Islam yang mempunyai sifat dan kecenderungan yang pelbagai. Setiap individu mempunyai softskill yang berbeza..ada yang suka berpidato, menulis, sukan, hiburan.. dan mcm2 lagi.

Kebijaksanaan qiadah amat perlu bagi memastikan faktor-faktor yang membawa kepada futur dalam dakwah dapat ditangani dengan berkesan agar intima di dalam jamaah bukan sahaja kerana kebenaran yang dibawa tetapi kerana keseronokan bersama-sama memperjuangkan Islam. Qiadah yang tidak peka terhadap perkara-perkara seumpama ini akan membawa kepada kecenderungan ahli jamaah meninggalkan perjuangan Islam.

Jom Sama-sama tadabbur ayat ini..Surah An-Nasyrah Ayat 5-6

5. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.


Kita berurusniaga dengan Allah..dan Ganjaran pasti Lumayan sekiranya kita yakin dengan janji-NYA..!!

"Usah bicara tentang perjuangan, kerana perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata!"

14 May 2010

FUTUR? Jangan ea...JOM ISTIQAMAH


Salam Alayk!... Update...update....update.... tetiba aQ teringt kata2 Saudara Hilal Asyraf "ada org tu, dia ada blog.. tapi setahun sekali update" hampir tergelak aQ terdengar... mcm terkena plak kata2 dia kat aQ..Terasa seh...

Sebelum tu, Hepi Birthday Untuk sahabat ku..Nurshaillah Rizzana Amarisner..=)

Ok, Tengok Tajuk di atas.... ceh, bla update blog tiba-tiba post title yg serius n sensitif..
So, Hope Enjoy! n dapat koreksi diri kita masing2..InsyaAllah..

Firstly, segala apa yang aQ tuliskan nie, aQ doakan juga aQ turut terkesan dengan penulisan ku..






FUTUR



aQ pernah terdengar keluh-kesah seperti ini...


"kebelakangan ni, aQ makin down lah untuk teruskan da'wah ini..Tiada kemanisan lgsg, ukhuwah semakin jauh, hambar, tnya kabar pun susah..bila ada prgrm je baru nak mesej..aQ tertekan la dgn semua nie.. Pointer down, duit habis,study pun entah ke mana..tengah2 study, mesej plak panggil meeting..usrah la....[dan macam2 lagi keluhan yg pernah aku dengar]
walaupun telah terang dan nyata jawapannya.. study bukan no. 1. tapi da'wah bukan no. 2 (maksudnya di sini, mesti balance la...)

Futur di jalan da'wah? memang kalimat ini yang selalu aku dengar di kalangan muharrik( individu yg bergerak)dan aku juga pernah merasainya... bukan sehari, malah lebih dari sebulan aku merasa futur.. sehingga rasa ingin mafarraqah dan bergerak secara fardiyyah..

Tetapi bila teringat kisah perjalanan da'wah Nabi Nuh A.S aku jadi malu. walaupun telah berda'wah selama 950 tahun dan hanya mempunyai 80 orang sahaja yang beriman,baginda tanpa rasa jemu dan putus asa terus meneruskan perjuangan da'wah walaupun kuantiti yang menerima da'wahnya hnya sedikit berbanding usia yang telah di infak kannya untuk da'wah semata-mata mencari redha Allah. Kita lihatlah cara baginda berda'wah dengan 8 kaedah iaitu secara Targhib, Tarhib, Burhan, Tahbib, Sembunyi, Terang, Siang dan Malam. 24 jam. Dialah full-timer dakwah.

Apa sebenarnya futur ini?

Futur ialah terputus atau terhenti sesudah berjalan.Malas, suka bersikap menangguh-nangguh sesudah bergiat aktif.

Dan yg lebih tepat lagi, Futur merupakan penyakit yang kian menular dalam kalangan petugas-petugas Gerakan Islam iaitu aktivis-aktivis yang bergiat aktif dalam da'wah.Tahap paling rendah ialah malas dan suka bersikap melengah-lengahkan sesuatu kerja.


persoalannya... apa sebab nya kita sebagai petugas gerakan islam ini terkena penyakit futur nie?

1. Tidak ada keikhlasan dalam berjuang.yakni mencampuradukkan dengan kepentingan dunia cthnya: ingin mendapat sanjungan dan pujian semata-mata suka lantaran nama di sebut-sebut tetapi apabila nama kita tidak di sebut kita merasa kecewa lalu meninggalkan medan ini.
2. Membazir dan melampau-lampau dlm sesuatu perkara
(cth: makan terlalu banyak menyebabkan kita malas untuk melakukan ibadat)

3. Memilih untuk beruzlah(berseorangan) dan ingin meninggalkan jamaah.

4. Kurang mengingat mati dan hari akhirat.

5. Pengabaian dan cuai dalam ibadat.

6. Kurang menjaga ibadat2 sunat(cth: solat tahajjud, zikir dan puasa )

7. Mendampingi individu yang tidak berjiwa besar.

8. Terlibat dalam perbuatan maksiat dan dosa kecil serta memandangnya sebagai perkara remeh sahaja.

9. Sambil lewa dalam melakukan tugas samada dalam pengurusan individu atau tugas di dalam jamaah

10. Merasakan tugasnya sebagai ahli biasa tidak mampu memberikan apa2 kesan pada da'wah dan jamaah berbanding ahli yang memegang amanah yang lebih besar.

11. Tidak bersedia dalam menghadapi tribulasi dalam perjuangan.

12. Mentaliti senget dengan merasakan bahawa matlamat kita berda'wah hnya untuk mengumpulkan mad'u(orang yang di da'wah) bukan untuk menyampaikan kebenaran dan melarang serta menegur mad'u dari melakukan kemungkaran.

13. Merasa hebat dan memandang rendah pada ahli di bawah lalu memilih untuk berda'wah secara fardiyyah.
14. Masalah hati

Futur dalam Tanzim?

Memang tidak di nafikan masalah ini selalu berlaku dalam sesuatu organisasi da'wah.
Individu tersebut boleh mengatakan bahawa mereka sibuk dengan pelajaran, assignment dan lain2 urusan lain.. memang betul, kita masing2 punya tanggungjawab, tanggungjawab sebagai mahasiswa, golongan yang bekerjaya, dan mungkin sebagai ketua keluarga..Namun harus di ingat ikhwan dan akhawat, kita juga punya tanggungjawab sebagai hamba, sebagai khalifah.

Firman Allah dalam surah Al-Faathir ayat 39,

39. Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi. Barangsiapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka.


110. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.


Nah,telah jelas itu la sebenarnya tanggungjawab kita.. Kita katakan kita harus kurangkan masa da'wah kerana study.. tapi yg aQ heran..ada pula masa untuk hang out dgn kawan2, yahoo massenger, SMS, dan ber'facebook'...lalu mengorbankan da'wah?? Bukan kah benda2 ini yang patut kita kurang kan??memang x di nafikan facebook kini mendapat tempat di kalangan kita..
Alhamdulillah jika facebook di gunakan sebagai medium menyeru ummat.

Tiada alasan untuk kita tinggalkan da'wah nie.aQ dapat melihat seseorang itu mampu meraih master dan PHD meskipun dia seorang aktivis da'wah.hebat bukan..? orang akan lebih respek bila seseorang itu berjaya bukan sahaja dalam akademik nya malah berjaya menyeru ummat ke jalan yang di redhai-Nya.. Tidakkah kita terasa ingin mengecapi kejayaan seperti itu? tidak rugi sebenarnya....

Harus di koreksi kembali. Futur kita akan memberi kesan kepada sahabat seperjuangan.
Futur kita menggoncang tanzim da'wah. banyak kerja yang terpaksa di tangguh dan di rencana semula kerana kefuturan kita. lantaran itu semakin tergendala dan lambat pula agenda yang ingin kita sampaikan pada ummat..

Islam tidak perlukan kita.. kita yang perlukan Islam..Jika kita tidak ingin meneruskan kerja yang mulia ini, pasti Allah akan menggantikan kita dengan kaum yang lain. Mahukah tempat kita di ganti...? hehe... tentula tidak kan... aQ pun mcm tu gak... so, sama2 la kita tetapkan langkah kita di jalan ini.. kita dah separuh jalan.. takkan kita x nak sampai ke destinasi.??
pesan abg aQ, wlupun rasa sibuk dan tension, jgn jauhkan diri dari jamaah.. cari sahabat2 jamaah untuk kuatkan hati kita.. untuk hidupkan jiwa yang kian kemarau dari siraman tarbiyah ini..InsyaAllah... aQ harap aQ nie bukan setakat cakap jew tapi aQ buat juga.... Ameen..

Okay, nak tahu bagaimana nak ubati penyakit futur nie? entry seterusnya aQ akan kongsikan..
Jom Berubah! BERUBAH UNTUK MERUBAH!

Kerana Cinta Aku Bicara;
ZieLa_IsLaM

19 April 2010

FOR ME AND FRIEND


Assalamualaikum dari kejauhan..

Duhai Ikhwan dan akhawat yang inginkan Islam, Kita meniti hari-hari mendatang tanpa huru hara dentuman bom,tanpa tangan kecil kita menggenggam seketul batu buat senjata serang YAHUDI, tanpa kita perlu sembunyi dari kelibat pemusnah ISLAM. Kita masih di sini, boleh suka dan duka,boleh tawa dan nangis kita di hibur dan boleh pula kita protes tuntutan agama.Ala.... apalah gunanya hidupkan semula sunnah nabi?? Baginda kan telah pergi.. buat apa aku susah payah laksanakan sunnahnya..ish3.. itu baru baru kata-kata yang tak terlintas pun, tapi ingatlah ikhwan dan akhawat, itu AQIDAH. Rasulullah itu Khatimul Anbiya', nabi yang masih meniti bibirnya " ummati...ummati...ummati..." walau nafas sudah tersekat, baginda amat risaukan umatnya..kita ikhwan dan akhawat, nak selawat pun macam emas ada kat mulut, manakan dapat menandingi cintanya pada kita..dalam kitabullah ada menyebut, umat manusia akhir zaman sebahagiannya akan kembali ke zaman jahiliyyah.. maksiat di mana-mana, pada bila-bila hatta hingga kini anak luar nikah sehari, orang di lahir tanpa laungan azan seorang ayah yang sah, di mana kita yang mengaku umat Rasulullah, hamba Allah kalau tuntutan syahadah yang paling aula pun di buat main.. amar ma'ruf nahi munkar.. agama sesat pun semakin bertambah.. kenapa?? jawab sendiri.. kerana kau dan aku lalai, ikhwan dan akhawat!!! LALAI!! LAGHO!! ALPA!! memang kita masih muda tapi kita bila sudah berjanji dalam kandungan ibu, bermakna terpaksa atau rela kita tetap penegak agama Allah, Walau sembunyi ke lubang cacing kita tetap hamba Allah yang di lahir untuk beribadat pada NYA dan menjadi khalifah di muka bumi yang fana ini. tak malu ke pada adik-adik di bumi Palestin?? Walau masih kurang mengerti erti jihad namun terpasak di hati kecil mereka, Al-Quds WAJIB di pertahan dan Syaheed matlamat utama. Ini kita nak pertahan agama sendiri di bumi tak pernah lekang dari jajahan ideologi BARAT pun takut..macam tikus takutkan kucing.. astaghfirullahal'azim..kita semakin jauh dari ghayatuna Allah.Ujian sikit dah tewas!! berubahlah ikhwan dan akhawat demi Islam yang kita sayang.. Islam tak pernah perlukan kita tapi usah bermimpi untuk hidup tanpa Islam keran kita perlukan ISLAM sebagai cara hidup yang syumuliyyah dan takkan sekali berubah..

Sama-sama kita mengkoreksi diri. ^_^

17 April 2010

HEART CAMP 2010

Assalamualaikum n salam ukhuwwahfillah..

Alhamdulillah..aku baru sahaja selesai dari mengadakan program motivasi & kepimpinan di SMKA Mohamad Ali, Ranau. Rindu pada mereka semua.

Aku dan rakan2 Sabah n Sarawak seramai 24 orang berada di SEMEKAR start 7-12hb April 2010. Ramai juga yang x dpt join cuz masing2 ada masalah sendiri.

Kami sampai di SEMEKAR agak2 jam 3.30 ptg. Mlm tu kami makan kfc. Rizal blikan.
Besoknya 8hb April, kami p Kinabalu Park atau lebih dikenali sebagai Poring. Best woo, mandi n berendam di air panas.Tidak di lepaskan peluang untuk berposing di depan camera.


9hb April, Hari Pertama Program HEART CAMP. Melibatkan pelajar form 5. Tapi memandangkan penyertaan pelajar kurang mendapat sambutan So, kami ajaklah budak2 form 3 ikut. Punya la semangat adik2 ni nak ikut. Siap ada form 2 lagi yang nak join HEART CAMP ni.. Aku di satukan dengan Abu dlm 1 group.. As Fasilitator, aku secara jujurnya happy dengan adik2 SEMEKAR. Semuanya Sporting n best2. n aku terhibur memandangkan senang untuk berkomunikasi dengan adik2 dalam bahasa sabah berbanding mengadakan program MIRACLE di Hulu Langat Selangor. Agak control jugalah menyusun ayat untuk adik2.. hehe..




Hari Kedua 10hb April,Pagi tu ada explorace.. aku, shaillah, syukur n masna jaga check point 1st.. best giler woo...lepas tu... aku n Abu handle LDK.



Untuk slot muhasabah. Alhamdulillah aku nampak perubahan pada adik2 group aku nie.Aku sayang mereka semua.

Last Day Program. majlis penutupan di jam 2 ptg. Alhamdulillah.. walaupun dalam kuantiti yang sedikit tetapi kami dapat handle juga program nie.. org ckp jangan tengok kuantiti. tengok kualiti kan.. hehe.. aku hepi dengan adik2 n shbt2 aku.




bsoknya, 12hb April.. 1 kejadian telah berlaku.. hp sony erricson model k880i aku hilang di bilik sterika. wuu.. risau juga wei.. tu kan handphone abg aku.. mampus kalau dia suruh bayar balik. Aku n chez pun laporkan kepada ketua Asrama. manalah tahu dorg terampas handphone tu. Dipendekkan cerita alhamdulillah handphone ku di jumpai.. tapi charger j-jay plak yang hilang. huhu.. nanti aku byr balik ya jay..


hm... pagi tu kami balik naik van jak. Aku, sela, j-jay, eju, lela, jadd, chez, edam, masna n fariz. kami 1 van semua.. pagi tu kami p Mesilau yang terletak di kundasang ranau. Punyalah sejuk.. cuz di bawah kaki gunung kinabalu kan.. tidak ketinggalan untuk kami semua berposing di lensa camera. hehe.. Best moments la.. lepas tu pegi war memorial kundasang then pegi pekan nabalu. Aku dapat beli something la dari sana.. yang paling best budak2 sarawak la.. memborong teh sabah, gelang n selendang made from sabah. hehe.. aku n sela beli nenas.. cuz nenas di ranau manis2.. sela sempat lagi beli topi koboi untuk bapa dia. Huh.. walaupun letih.. tapi best momonts la.. Akhirnya petang tu agak2 jam 4 aku tunggu bapa n mama ku di masjid bandaraya kota kinabalu. sebelum balik, singgah jap di pasar malam tuaran beli air cendol n martabak.. heppi.. yeppi.. horrey..

ni gambar2 yang sempat aku muatkan di blog nie..

BERSAMA SAHABAT FASILITATOR.. SAYANG KAMU!


----bersama hanafi.. walaupun dia pelajar nakal, saya sayang dia.



----bersama adik2 puteri group saya


---dengan sahabat saya.. Dr kiri..SHAILLAH,J-JAY,SAYA,EJUNG, JADD, LELA'
seorang kurang.. YATIE.








UNTUK SAHABAT2 DAN ADIK2 YANG SAYA SAYANG.. SEMOGA UKHUWAH KITA MENJADI MAHAR UNTUK KE SYURGA...^_^ ~best moments i ever had~

12 March 2010

FACEBOOK VS MUKABUKU APA HUKUMNYA?



Alhamdulillah..Atas segala Rahmat dan kasih sayang ILAHI.

Akhirnya blog dapat di update....semoga masih istiqamah untuk menulis.
Begitu cepat masa berlalu, sudah 3 tahun berada di bumi Nilam Puri. Esok saya akan balik ke Sabah. salam Kerinduan buat para pensyarah, dan warga apium np. Entah bila lagi akan menjejak kaki ke Serambi Makkah ni..Sesungguh nya aku pasti akan merindui keadaan di sini.Setelah hampir 2 minggu berperang di dewan menduduki peperiksaan akhirnya di beri kesempatan untuk menulis.Alhamdulillah.

Saya baru sahaja membelek2 majalah solusi dan terbaca satu artikel tentang FB.
SEKADAR PERKONGSIAN DAN SARANAN TENTANG FB;



Facebook merupakan sebuah tapak web rangkaian sosial yang membenarkan orang untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka dan saling bertukar maklumat. Facebook diasaskan pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg, seorang bekas ahli kelas Harvard tahun 2006 dan seorang bekas pelajar Ardsley High School. Mula-mulanya keahlian hanya dibuka kepada para mahasiswa Kolej Harvard. Selepas itu rangkaian sosial ini berkembang ke sekolah-sekolah kawasan Boston yang lain (Kolej Boston, Universiti Boston, Universiti Harvard, Universiti Northeastern, Universiti Tufts), Rochester, Stanford, NYU, Northwestern, dan semua sekolah Liga Ivy dalam masa dua bulan. Banyak universiti individu ditambah dengan pantas pada tahun yang seterusnya. Akhirnya, orang yang mempunyai alamat e-mel universiti (misalnya .edu) daripada institusi di seluruh dunia layak menyertai Facebook. Sejak 11 September 2006, rangkaian sosial ini disediakan kepada sesiapa yang mempunyai alamat e-mel[2], jika mereka berada dalam lingkungan umur yang tertentu. Pengguna bolah memilih untuk menyertai satu atau lebih rangkaian, seperti sekolah menengah, tempat bekerja, atau kawasan geografi.



Ibu pejabat Facebook di Palo Alto, CA

Menurut Pandangan Ust Zaharuddin Abd. Rahman, Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM:

"Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati: "

Isu 1--Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda." (Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

Isu 2--'menyumbangkan dana kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberi keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali disisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

Isu 3--Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan, dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka.

Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian.



Jika dikatakan: "Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap," maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu.

Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain. Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya.

Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri sehingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

Isu 4--Privacy pengguna Facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.

Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had.

Kesimpulan

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1.Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lain-lain.

2.Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menuduh pengguna Facebook melakukan perkara haram.

3.Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:
a.Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio, dan sebagainya.

b.Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c.Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat Facebook itu sendiri.

d.Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir, dan pendidikan.

e.Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar main-main atau sebagainya.

f.Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh lahir dan sepertinya yang terkandung dalam Facebook sama ada atas dasar main-main atau sebagainya.

g.Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal.
Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook.

Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.

Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira menggunakan Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemashalatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Guano sahabat2?wondering jg kan pasal FB nie.. Jika kita gunakan FB sebagai medan untuk menyalurkan kefahaman Islam, Alhamdulillah.. jika sebaliknya muhasabah balik.. Tanya diri anda apa yang kita sumbangkan kepada Islam???Pesanan untuk saya juga sebagai pengguna FB.

Lastly, KOREKSI DIRI DAN JANGAN CARI KESALAHAN ORANG LAIN =)

BUAT SAHABAT2 SEPERJUANGAN, AKU MENCINTAI KALIAN, SEMOGA UKHUWAH KITA BERKEKALAN DAN KU DOAKAN SEMOGA KALIAN SENTIASA MENDAPAT REDHA ILAHI.. SEMOGA THABAT DAN ISTIQAMAH DI JALAN INI..


ABAH, MAK..TERSAYANG
NANTIKAN KEPULANGAN SAYA DI AIRPORT K.KINABALU JAM 5 EA...
SABAH, AKAN KU LAKUKAN PERUBAHAN !! =)