27 December 2009

KEMBALI


Salam,
Agak lama sekali penulis menyepikan diri setelah sebulan menjadi blogger... Kesibukan dengan assignment dan ruangan 'facebook' atau dalam bahasa melayu 'mukabuku'sedikit sebanyak menghalang diri dari menitipkan bicara di ruangan ini.

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan oleh Allah dengan kemampuan seadanya untuk berada di sini. Walau kadang terasa telah tiada daya meneruskan perjuangan yang amat getir di muka bumi Nya ini. Terkadang meneropong dalam diri sendiri.. getirkah segala yang aku perjuangkan selama ini? Benarkah perih jerih yang aku lalui ini adalah perjuangan keranaNya? Hampa, jawapannya selalu hampa.
Walau di mana kaki ini berpijak, kekadang kita terasa seperti telah alah, biasa. Kekadang terasa diri ini seperti begitu asing. Siapa diri ini sebenarnya? Walau siapa pun kita, di mana jua kita berada dan apapun jua yang kita lakukan akhirnya kita dengan rela atau terpaksa tetap akan kembali kepada Nya, Rabb yang sesungguhnya maha pengasih, maha agung, maha bijaksana, yang sangat maha luas rahmatNya. Lantas diri kekadang bertanya kenapa kita sering ingin kembali kepadaNya, ingin berada di sisi Nya hanya di saat-saat akhir? Hanya di saat-saat susah? Hanya di saat bilamana telah hampa kita tidak ketemu apa yang dicari?

Benarlah hidup ini satu pelarian. Pelarian ini bagai tiada akhirnya. Perlukah kita memijak dan dipijak dalam pelarian ini. Banyak sungguh persoalan dalam diri dan akhirnya kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah, kembali kepada Allah itulah sebaik-baik jawapan.
Selamat Kembali!

16 December 2009

HARAKAH(GERAKAN) & TUGASAN WANITA



sekadar perkongsian kepada sahabat-sahabat...

Fitrah di jadikan wanita itu adalah lemah.. Tetapi bagaimana kita yang di anggap lemah ini boleh menjadi penyumbang dan tulang belakang kepada perjuangan Islam? Dalam Hadith ada di sebut tentang tampuk pimpinan lebih aula kepada Lelaki..bukanlah maksudnya wanita berada terkebelakang daripada lelaki tapi apa yang perlu kita set dalam minda kita wanita haruslah seiring bersama pemuda islam untuk terus mengembangkan islam melalui gerakan yang masing-masing di sertai...."dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong sebahagian yang lain, mereka menyuruh (berbuat) kepada ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka akan dirahmati Allah, sungguh Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (Taubah : 71)

Sesungguhnya gerakan islam telah memberikan perhatian terhadap golongan wanita sejak permulaan dakwah di mana kalau kita pernah membaca sejarah Imam Hassan Al-Banna telah menubuhkan(pertubuhan muslimat) untuk memainkan peranannya di dalam menyebarkan fikrah Islamiah di kalangan wanita, mendidik generasi wanita serat memikul bebanan bersama golongan lelaki(Ikhwanul Muslimin) di dalam usaha menegakkan agama Allah di muka bumi..

Kita perlu sedar bahawa gerak kerja wanita Islam belum sampai ke tahap yang sepatutnya. Sekiranya di sebarkan dakwah Islam di dalam kalangan wanita, ia tidak mengecualikan para pelajar samada mahasiswa di Universiti mahupun di peringkat menengah.Sehingga kini belum nampak seorang pun kepimpinan Islam dari kalangan wanita yang berkebolehan serta mampu berhadapan dengan kebangkitan dan perkembangan sekular dengan kebolehan jitu dan berketrampilan. Ini di sebabkan para golongan lelaki sentiasa berusaha untuk mengongkongi hala tuju wanita Islam tanpa memberikan mereka peluang untuk mencorakkan diri mereka, menampilkan keberanian dan kekuatan mereka khususnya untuk memandukan gerak kerja mereka tanpa campurtangan golongan lelaki..

Bilakah Berjayanya Gerak kerja islam dalam bidang kewanitaan?
pada pendapat saya, sesungguhnya gerak kerja islam di kalangan wanita akan berjaya dan kukuh kedudukan serta kewujudannya di kalangan masyarakat apabila di asingkan kepimpinan wanita Islam terutama di dalam medan dakwah dan pemikiran, begitu juga bidang keilmuan, peradaban dan pentarbiyahan..Pada saya, Di kalangan wanita juga ramai cerdik pandai dan cendikiawan seperti lelaki. Kecerdikan bukanlah sifat lelaki semata-mata dan bukanlah suatu mainan atau sesuatu yang sia-sia apabila Al-Quraan menceritakan kepada kita mengenai kisah wanita yang memandu lelaki dengan penuh hikmah dan keberanian di mana berakhir pemanduannya dengan sebaik natijah sepertimana kisah Permaisuri Saba' yang di ceritakan kepada kita kisahnya bersama Nabi Sulaiman a.s. di dalam surah An-Naml.

Permasalahan Gerak kerja wanita Islam tidak dapat kita nafikan, kerana sesungguhnya golongan lelakilah yang mengunggulinya, menentukan arah tujunya dan mengawasi agar masa yang berjalan sentiasa di bawah kekuasaan mereka tanpa memberikan peluang kepada golongan wanita untuk menonjol diri kerana mereka golongan (lelaki)merasakan merekalah yang bertanggungjawab di atas segala-galanya sekalipun terhadap perkumpulan wanita dengan membiarkan para pemudi islam yang beriltizam dengan islam di selubungi perasaan malu, membisu seribu bahasa serta tidak mempedulikan kepimpinan mereka. lalu timbul dari kalangan mereka petugas yang berkemampuan tetapi meninggalkan tugasan serta di ketepikan oleh gerakan, sedangkan ianya di lengkapi dengan kematangan, persediaan serta kelengkapan dan belajar daripada ragam kehidupan lalu mempraktikannya daripada mana-mana kesalahan dan juga pembetulan.Bagaimana pun terdapat para Muslimat yang tidak membantah sesetengah daripada tradisi ini di mana kadang-kadang mereka menerima keadaan ini. Mereka redha dengan kehidupan yang ada tanpa bantahan dan rungutan. Membiarkan urusan mereka di fikir dan di uruskan oleh golongan lelaki tanpa mereka perlu memikirkan untuk diri mereka sendiri. Mereka perlu mengubah pemikiran yang kolot ini serta perlu membuka dan mencebur diri dalam bidang-bidang dakwah dan juga mengenepikan suara-suara wanita barat yang meresap masuk ke dalam pegangan dan juga hukum-hakamnya. Ini di sebabkan suara-suara mereka(Muslimat)
cukup tinggi nilai kekuatannya tetapi sekiranya mereka tidak mewakilinya(Muslimat), mereka umpama kain buruk yang tiada harga dan nilainya pada pandangan agama dan juga pada pandangan dunia.

Kesimpulannya..Bahagian wanita di tubuhkan dengan peranan nya yang terhad serta peranan tertentu. mereka mempunyai peranan besar pada hari-hari tetentu khusunya di dalam menjaga tawanan perang serta yang bersangkutan dengannya di samping menghulurkan bantuan kepadanya di mana peranan mereka ini lebih merbahaya kerana terdedah kepada ugutan dan ancaman daripada golongan pengintip malah ada sebahagian Muslimat ini yang mengabdikan diri sepenuhnya di jalan Allah sepertimana yang di lakukan oleh Zainab Al-Ghazali... Semoga kita turut mendapat kekuatan seperti srikandi islam ini.. TAKBIR!!!

05 December 2009

Ketika Cinta Daie Bertasbih [AUTHOR AND LOVE]

Salam Sayang dan Salam Ukhuwah buat sahabat dan pengunjung blog... Penulis berada di bilik sahabat, belajar matematik dan makan meggi..Alhamdulillah otak dan perut dapat di isi..kenyang..Rohani?Alhamdulillah.., sekarang,izinkan ku isi rohani ummah sambil menunggu adik-adik roomate kesayangan dari Johor dan Penang...jam 5 dorg sampai... Salam RINDU buat adik Khamisyatul Syafiqah dan Nur Shida...Hehe...penulis minta di bawakan nasi kandar dari penang selepas menonton movie PAPADOM.terasa nak makan plak..tak tahulah..ada ke tak.. tunggu jela...  

Saat malam mulai merambat dunia,  
Saat inilah aku merindukanNYA,
Saat semuanya bersulam mimpi indah,
Saat inilah ku menyulam CintaNYA,
Saat ada bicara cinta menemani tidur mereka,
Saat inilah aku online mengadu padaNya
Sang rembulan pasti bisa menerangi Gelapnya malam,
saat itulah saat Yang paling indah 
untuk merangkai Kata – kata cinta dan akhirnya....  
ku dedikasikan buat sang ummah tercinta.


  p/s:[[Firstly, Sorry for my broken english.. hehe..]] For the first experience as a blogger, I wanna share something 4 this blog as a new entry...
  Look at the title:::
KETIKA CINTA DAIE BERTASBIH::





Mcm ada kesinambungan dari filem KCB..? Haha...harap maaf pada  sahabat yang taksub dan meminati KCB.! Saya hanya mencuri sedikit ayat dari "KCB"



Penulis di tanya perihal Cinta????… Mungkin ada yang lebih arif tentang hal ini bukan?..no matter what ur think guyz..Just leave ur comment or easy just click [komentar n Diskusi] I'm try to be profesional menerima kritikan dari anda! Bagi yang rasa tak selesa about entri ini, maafkan saya.. tapi izinkan saya uN

04 December 2009

KEMBALI BERTAWAJJUH

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat kurniaan Nya.Selawat dan salam buat junjungan Baginda S.A.W. yang sentiasa hidup di setiap jiwa pilihanNya. Salam ta'aruf buat pengunjung blog.Semoga antum sentiasa berada di bawah lembayung kasih sayang dan keredhaan Nya.

Teringin create something dalam blog nie,memandangkan blum ada apa2 entri untuk dimuatkan.Masih dalam proses pembelajaran. Sahabat saya yang seorang lagi tengah menonton movie PAPADOM lakonan hebat Afdlin Shauki.Memang best cerita tu.Begitu hebatnya pengorbanan seorang lelaki yang bergelar "AYAH" Sanggup berbuat apa sahaja demi anaknya.Semoga mendapat pengajaran dari movie tersebut sahabatku...LAILA.
hehe..sudah berhari-hari hujan di bumi serambi Mekah ini, semoga rahmat ini turut menghujani hati-hati yang ingin mensucikan diri dari segala noda.

Julur tanganku menggamit rembulanMu
Sauhku yang terbang menjulang memetik
Dawai-dawai merdu di separuh bumiMu
Lentera-lentera yang menyala bagai mutiara
Bintang kejora memaksaku silau akan anugerahMu

Ku lihat bintang itu,
Namun tidak bisa ku petik,
Ku dongak langit itu,
Namun tidak bisa ku terbang,
Aku jejaki angkasa itu,
Namun tidak bisa ku gapai
Aku rasai hembus angin itu,
Namun tidak bisa ku genggam,
ku lawan arus gelombang itu,
Namun menghempas badai kanvasku,
Aku dekati bunga itu,
Duri yang tajam menusuk cintaku,
membuatkan aku terluka
dan berpaling sementara.

ku buka lembaran kitab Cinta Rabb,
ku baca setiap helaiannya,
ku tadabbur bait-baitnya,
ku fahami maksudnya,
Lantas terbit sesuatu di hati ini,
Datang mengetuk pintu keinsafan,
betapa kerdilnya diri hamba,
betapa hinanya aku yang penuh noda
kembalikan ku pada fitrah mengenal hakiki!!

03 December 2009

Alhamdulillah atas kesempatan yang diberikan Nya

Assalamualaikum W.B.T

Pujian dan Syukur ke hadrat Ilahi,masih memberi kesempatan untuk bernafas dan merasai nikmat Islam dan Iman walaupun seringkali terbit di hati yg penuh dengan noda ini melihat dimensi keseronakan duniawi...Selawat dan salam buat Junjungan tercinta yang telah banyak berkorban hingga akhir hayat baginda demi melihat rantai-rantai perjuangan ini di warisi ummah...


ALHAMDULILLAH.......

Ini adalah pengalaman pertama saya membuat blog..semuanya atas cadangan sahabat saya...Pada mulanya,Saya hanya membiarkan dan mengabaikan cadangan nya....atas alasan saya tidak mempunyai kemahiran dalam bidang ini tapi bila terfikir semula,akhirnya saya mengambil serius cadangan nya dan mencuba untuk create blog nie.
Mungkin Allah inginkan saya mencuba medium ini untuk melebarkan jaringan dakwah...InsyaAllah...selagi nadi ini masih berdenyut...Islam pasti ku sebarkan walau apa cara sekalipun...
InsyaAllah, Di sini tapak permulaan saya untuk menyeru ummah ke taman dakwah melalui medium penulisan..Semoga Allah mempermudahkan..Ameen..