16 December 2009

HARAKAH(GERAKAN) & TUGASAN WANITA



sekadar perkongsian kepada sahabat-sahabat...

Fitrah di jadikan wanita itu adalah lemah.. Tetapi bagaimana kita yang di anggap lemah ini boleh menjadi penyumbang dan tulang belakang kepada perjuangan Islam? Dalam Hadith ada di sebut tentang tampuk pimpinan lebih aula kepada Lelaki..bukanlah maksudnya wanita berada terkebelakang daripada lelaki tapi apa yang perlu kita set dalam minda kita wanita haruslah seiring bersama pemuda islam untuk terus mengembangkan islam melalui gerakan yang masing-masing di sertai...."dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong sebahagian yang lain, mereka menyuruh (berbuat) kepada ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka akan dirahmati Allah, sungguh Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (Taubah : 71)

Sesungguhnya gerakan islam telah memberikan perhatian terhadap golongan wanita sejak permulaan dakwah di mana kalau kita pernah membaca sejarah Imam Hassan Al-Banna telah menubuhkan(pertubuhan muslimat) untuk memainkan peranannya di dalam menyebarkan fikrah Islamiah di kalangan wanita, mendidik generasi wanita serat memikul bebanan bersama golongan lelaki(Ikhwanul Muslimin) di dalam usaha menegakkan agama Allah di muka bumi..

Kita perlu sedar bahawa gerak kerja wanita Islam belum sampai ke tahap yang sepatutnya. Sekiranya di sebarkan dakwah Islam di dalam kalangan wanita, ia tidak mengecualikan para pelajar samada mahasiswa di Universiti mahupun di peringkat menengah.Sehingga kini belum nampak seorang pun kepimpinan Islam dari kalangan wanita yang berkebolehan serta mampu berhadapan dengan kebangkitan dan perkembangan sekular dengan kebolehan jitu dan berketrampilan. Ini di sebabkan para golongan lelaki sentiasa berusaha untuk mengongkongi hala tuju wanita Islam tanpa memberikan mereka peluang untuk mencorakkan diri mereka, menampilkan keberanian dan kekuatan mereka khususnya untuk memandukan gerak kerja mereka tanpa campurtangan golongan lelaki..

Bilakah Berjayanya Gerak kerja islam dalam bidang kewanitaan?
pada pendapat saya, sesungguhnya gerak kerja islam di kalangan wanita akan berjaya dan kukuh kedudukan serta kewujudannya di kalangan masyarakat apabila di asingkan kepimpinan wanita Islam terutama di dalam medan dakwah dan pemikiran, begitu juga bidang keilmuan, peradaban dan pentarbiyahan..Pada saya, Di kalangan wanita juga ramai cerdik pandai dan cendikiawan seperti lelaki. Kecerdikan bukanlah sifat lelaki semata-mata dan bukanlah suatu mainan atau sesuatu yang sia-sia apabila Al-Quraan menceritakan kepada kita mengenai kisah wanita yang memandu lelaki dengan penuh hikmah dan keberanian di mana berakhir pemanduannya dengan sebaik natijah sepertimana kisah Permaisuri Saba' yang di ceritakan kepada kita kisahnya bersama Nabi Sulaiman a.s. di dalam surah An-Naml.

Permasalahan Gerak kerja wanita Islam tidak dapat kita nafikan, kerana sesungguhnya golongan lelakilah yang mengunggulinya, menentukan arah tujunya dan mengawasi agar masa yang berjalan sentiasa di bawah kekuasaan mereka tanpa memberikan peluang kepada golongan wanita untuk menonjol diri kerana mereka golongan (lelaki)merasakan merekalah yang bertanggungjawab di atas segala-galanya sekalipun terhadap perkumpulan wanita dengan membiarkan para pemudi islam yang beriltizam dengan islam di selubungi perasaan malu, membisu seribu bahasa serta tidak mempedulikan kepimpinan mereka. lalu timbul dari kalangan mereka petugas yang berkemampuan tetapi meninggalkan tugasan serta di ketepikan oleh gerakan, sedangkan ianya di lengkapi dengan kematangan, persediaan serta kelengkapan dan belajar daripada ragam kehidupan lalu mempraktikannya daripada mana-mana kesalahan dan juga pembetulan.Bagaimana pun terdapat para Muslimat yang tidak membantah sesetengah daripada tradisi ini di mana kadang-kadang mereka menerima keadaan ini. Mereka redha dengan kehidupan yang ada tanpa bantahan dan rungutan. Membiarkan urusan mereka di fikir dan di uruskan oleh golongan lelaki tanpa mereka perlu memikirkan untuk diri mereka sendiri. Mereka perlu mengubah pemikiran yang kolot ini serta perlu membuka dan mencebur diri dalam bidang-bidang dakwah dan juga mengenepikan suara-suara wanita barat yang meresap masuk ke dalam pegangan dan juga hukum-hakamnya. Ini di sebabkan suara-suara mereka(Muslimat)
cukup tinggi nilai kekuatannya tetapi sekiranya mereka tidak mewakilinya(Muslimat), mereka umpama kain buruk yang tiada harga dan nilainya pada pandangan agama dan juga pada pandangan dunia.

Kesimpulannya..Bahagian wanita di tubuhkan dengan peranan nya yang terhad serta peranan tertentu. mereka mempunyai peranan besar pada hari-hari tetentu khusunya di dalam menjaga tawanan perang serta yang bersangkutan dengannya di samping menghulurkan bantuan kepadanya di mana peranan mereka ini lebih merbahaya kerana terdedah kepada ugutan dan ancaman daripada golongan pengintip malah ada sebahagian Muslimat ini yang mengabdikan diri sepenuhnya di jalan Allah sepertimana yang di lakukan oleh Zainab Al-Ghazali... Semoga kita turut mendapat kekuatan seperti srikandi islam ini.. TAKBIR!!!

No comments: