12 March 2010

FACEBOOK VS MUKABUKU APA HUKUMNYA?



Alhamdulillah..Atas segala Rahmat dan kasih sayang ILAHI.

Akhirnya blog dapat di update....semoga masih istiqamah untuk menulis.
Begitu cepat masa berlalu, sudah 3 tahun berada di bumi Nilam Puri. Esok saya akan balik ke Sabah. salam Kerinduan buat para pensyarah, dan warga apium np. Entah bila lagi akan menjejak kaki ke Serambi Makkah ni..Sesungguh nya aku pasti akan merindui keadaan di sini.Setelah hampir 2 minggu berperang di dewan menduduki peperiksaan akhirnya di beri kesempatan untuk menulis.Alhamdulillah.

Saya baru sahaja membelek2 majalah solusi dan terbaca satu artikel tentang FB.
SEKADAR PERKONGSIAN DAN SARANAN TENTANG FB;



Facebook merupakan sebuah tapak web rangkaian sosial yang membenarkan orang untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka dan saling bertukar maklumat. Facebook diasaskan pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg, seorang bekas ahli kelas Harvard tahun 2006 dan seorang bekas pelajar Ardsley High School. Mula-mulanya keahlian hanya dibuka kepada para mahasiswa Kolej Harvard. Selepas itu rangkaian sosial ini berkembang ke sekolah-sekolah kawasan Boston yang lain (Kolej Boston, Universiti Boston, Universiti Harvard, Universiti Northeastern, Universiti Tufts), Rochester, Stanford, NYU, Northwestern, dan semua sekolah Liga Ivy dalam masa dua bulan. Banyak universiti individu ditambah dengan pantas pada tahun yang seterusnya. Akhirnya, orang yang mempunyai alamat e-mel universiti (misalnya .edu) daripada institusi di seluruh dunia layak menyertai Facebook. Sejak 11 September 2006, rangkaian sosial ini disediakan kepada sesiapa yang mempunyai alamat e-mel[2], jika mereka berada dalam lingkungan umur yang tertentu. Pengguna bolah memilih untuk menyertai satu atau lebih rangkaian, seperti sekolah menengah, tempat bekerja, atau kawasan geografi.



Ibu pejabat Facebook di Palo Alto, CA

Menurut Pandangan Ust Zaharuddin Abd. Rahman, Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM:

"Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati: "

Isu 1--Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda." (Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

Isu 2--'menyumbangkan dana kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberi keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali disisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

Isu 3--Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan, dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka.

Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian.



Jika dikatakan: "Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap," maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu.

Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain. Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya.

Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri sehingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

Isu 4--Privacy pengguna Facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.

Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had.

Kesimpulan

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1.Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lain-lain.

2.Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menuduh pengguna Facebook melakukan perkara haram.

3.Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:
a.Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio, dan sebagainya.

b.Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c.Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat Facebook itu sendiri.

d.Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir, dan pendidikan.

e.Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar main-main atau sebagainya.

f.Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh lahir dan sepertinya yang terkandung dalam Facebook sama ada atas dasar main-main atau sebagainya.

g.Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal.
Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook.

Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.

Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira menggunakan Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemashalatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Guano sahabat2?wondering jg kan pasal FB nie.. Jika kita gunakan FB sebagai medan untuk menyalurkan kefahaman Islam, Alhamdulillah.. jika sebaliknya muhasabah balik.. Tanya diri anda apa yang kita sumbangkan kepada Islam???Pesanan untuk saya juga sebagai pengguna FB.

Lastly, KOREKSI DIRI DAN JANGAN CARI KESALAHAN ORANG LAIN =)

BUAT SAHABAT2 SEPERJUANGAN, AKU MENCINTAI KALIAN, SEMOGA UKHUWAH KITA BERKEKALAN DAN KU DOAKAN SEMOGA KALIAN SENTIASA MENDAPAT REDHA ILAHI.. SEMOGA THABAT DAN ISTIQAMAH DI JALAN INI..


ABAH, MAK..TERSAYANG
NANTIKAN KEPULANGAN SAYA DI AIRPORT K.KINABALU JAM 5 EA...
SABAH, AKAN KU LAKUKAN PERUBAHAN !! =)

2 comments:

PerjalananHidup Hariz said...

salam kak,sy nk copy entry ni post kat blog sye boleh x???

-hariz samttar-

ẕḯℯłα said...

yap..silakan...